2009/11/18

TAKLIMAT & POST MORTEM MAHRAJAN j-QAF 2009

0 comments
..::TAKLIMAT & POST MORTEM MAHRAJAN j-QAF 2009::..

"PERINGKAT NEGERI KEDAH"

Hari : Rabu
Tarikh : 18 November 2009
Masa : 2.30 pm - 6.00 pm

Tempat : Bilik Mesyuarat SK Sungai Layar.

























2009/11/14

MAHRAJAN j-QAF 2009 - PERINGKAT NEGERI KEDAH

0 comments

..::MAHRAJAN j-QAF 2009 - PERINGKAT NEGERI KEDAH::..

Hari : Sabtu
Tarikh : 14 November 2009
Masa : 8.30 am - 2.30 pm

Tempat : Dewan Sahara, SMK Gurun.



"KEPUTUSAN PENUH MAHRAJAN j-QAF 2009"


1). KALAM JAMA'IE :
  • Johan ; Daerah Kuala Muda / Yan
  • Naib Johan ; Daerah Kota Setar
  • Tempat Ke-3 ; Daerah Kulim / Bandar Baharu
2). DIKIR BARAT :
  • Johan ; Daerah Kulim / Bandar Baharu
  • Naib Johan ; Daerah Kuala Muda / Yan
  • Tempat Ke-3 ; Daerah Baling / Sik
3). KUIZ :
  • Johan ; Daerah Kota Setar
  • Naib Johan ; Daerah Kuala Muda / Yan
  • Tempat Ke-3 ; Daerah Padang Terap
4). TILAWAH AL-QURAN (L) :
  • Johan ; Daerah Kota Setar
  • Naib Johan ; Daerah Kubang Pasu
  • Tempat Ke-3 ; Daerah Kulim / Bandar Baharu
5). TILAWAH AL-QURAN (P) :
  • Johan ; Daerah Kulim / Bandar Baharu
  • Naib Johan ; Daerah Kota Setar
  • Tempat Ke-3 ; Daerah Baling / Sik


Urus setia pendaftaran.


Sesi pendaftaran para peserta.


Ustaz Jamalluddin sedang berbincang dengan petugas/pengelola mahrajan j-Qaf bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.


Para juri hakim dikir barat.


Sesi taklimat urus setia yang dikendalikan oleh Ustaz Somad.


Para peserta dikir barat sedang membuat persembahan.


Salah seorang peserta tilawah Al-Quran sedang memperdengarkan bacaannya di hadapan para juri hakim.


Ustaz Nasir selaku penyelaras tilawah Al-Quran (P).


Para juri hakim tilawah Al-Quran (P) sedang mendengar dan menilai kualiti bacaan Al-Quran yang dialunkan oleh para peserta.


Para juri hakim kalam jama'ie sedang mengadili persembahan para peserta di dewan SK Seri Jerai.


Para peserta kalam jama'ie sedang membuat persembahan di atas pentas utama.


Di antara para pegawai dan penonton yang hadir menyaksikan persembahan kalam jama'ie.


Para juri hakim tilawah Al-Quran (L) sedang mengadili bacaan Al-Quran yang dialunkan oleh para peserta kategori lelaki.


Salah seorang peserta tilawah Al-Quran (L) sedang mengalunkan bacaan Al-Quran Al-Karim dihadapan para juri hakim.


Juru kuiz sedang mengendalikan pertandingan kuiz j-Qaf, sambil diperhatikan oleh para juri hakim kuiz.


Para Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Muda / Yan sedang menanti ketibaan Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Kedah, Tn. Hj. Shahidan Bin Abduul Rahman, B.C.K, P.P.N.


Para peserta khatam Al-Quran sedang bersiap-sedia untuk memulakan Majlis Khatam Al-Quran secara beramai-ramai.


Ketibaan Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Kedah, Tn. Hj. Shahidan Bin Abduul Rahman, B.C.K., P.P.N..


Para Pengetua dan Guru Besar yang turut hadir menyaksi dan memeriahkan Mahrajan j-Qaf 2009, peringkat Negeri Kedah yang diadakan di Dewan Sahara, SMK Gurun.

Doa pembukaan yang dibaca oleh Ustaz Azizi.


Para peserta khatam Al-Quran sedang memperdengarkan bacaan masing-masing di pentas utama, Dewan Sahara, SMK Gurun.


Para Pegawai Pelajaran Negeri, Daerah, Pengetua, Guru Besar sedang mengikuti Majlis Khatam Al-Quran beramai-ramai di dewan utama, SMK Gurun.



Ketua Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah, Pn. Hjh. Zainab Binti Md Saman sedang memberikan ucapan di pentas utama, Dewan Sahara, SMK Gurun.


Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Kedah, Tn. Hj. Shahidan Bin Abdul Rahman, B.C.K., P.P.N. sedang menandatangani watikah, sambil diperhatikan oleh Ustaz Mahir.


Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Kedah, Tn. Hj. Shahidan Bin Abdul Rahman, B.C.K., P.P.N. sedang memberikan ucapan, sekaligus merasmikan Mahrajan j-Qaf 2009, peringkat Negeri Kedah.


Johan pertandingan dikir barat peringkat Negeri Kedah, tahun 2009M/1430H.
(Daerah Kulim / Bandar Baharu)


Johan pertandingan kalam jama'ie peringkat Negeri Kedah, tahun 2009M/1430H.
(Daerah Kuala Muda / Yan)


Majlis penyampaian sijil penyertaan kepada para Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah.


Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Kedah, Tn. Hj. Shahidan Bin Abdul Rahman, B.C.K., P.P.N..


Penyampaian watikah yang telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Kedah, Tn. Hj. Shahidan Bin Abdul Rahman, B.C.K., P.P.N..


Majlis penyerahan piala pusingan kepada johan keseluruhan (Daerah Kota Setar), telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Kedah, Tn. Hj. Shahidan Bin Abdul Rahman, B.C.K., P.P.N..


Para Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah sedang mengiringi Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Kedah ke bilik jamuan, sambil ditemani Ketua Sektor Pendidikan Islam, Pn. Hjh. Zainab Binti Md Saman dan juga Ustaz Mahir.

PROFIL :

My photo
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan,Kedah Darul Aman (Unit Pend.Islam)