2009/03/23

PERJUMPAAN AJK UNIT J-QAF PPDKMY

0 comments












Jumaat, 20 Mac 2009 - Pihak AJK unit j-Qaf KMY hari ini mengadakan satu perjumpaan di Masjid Sultan Abdul Halim, Taman Ria Jaya, Sungai Petani bagi menyiapkan beberapa bahan yang belum siap untuk pameran sempena Majlis Bersama Pelanggan, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah Darul Aman yang akan diadakan di Padang Awam Taman Ria Jaya, Sungai Petani, Kedah Darul Aman pada 21 hingga 23 Mac 2009. Turut hadir pada petang itu, Ustaz Rushdan, Ustaz Ahmadi, Ustaz Jamaluddin, Ustaz Jamal serta beberapa AJK yang terlibat (Ustaz Syahmi, Ustaz Yasir, Ustaz Azizi, Ustaz Amir, Ustaz Fahlawi & Ustaz Shahrudin) yang mana mereka semua telah bertungkus-lumus pada petang itu juga untuk menyiapkan bahan-bahan pameran tersebut. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.




Diupload Oleh;
Ustaz Mohamad Syahmi



PERJUMPAAN AJK UNIT J-QAF PPDKMY

0 comments






Khamis, 19 Mac 2009 - Pihak AJK j-Qaf KMY telah mengadakan satu perjumpaan di Masjid Sultan Abdul Halim, Taman Ria Jaya, Sungai Petani bagi menyiapkan beberapa bahan yang diperlukan untuk pameran sempena Majlis Bersama Pelanggan, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah Darul Aman yang akan diadakan di Padang Awam Taman Ria Jaya, Sungai Petani, Kedah Darul Aman pada 21 hingga 23 Mac 2009. Pada petang itu juga, beberapa AJK telah bertungkus-lumus menyiapkan beberapa bahan untuk Sektor Pendidikan Islam dan j-Qaf yang akan dipamerkan pada hari tersebut. Di antara AJK yang hadir pada petang itu adalah Ustaz Azizi, Ustaz Syahmi dan Ustaz Yasir. Turut juga hadir Ustaz Jamaluddin dan Ustaz Jamal.




Diupload Oleh;
Ustaz Mohamad Syahmi



PROFIL :

My photo
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan,Kedah Darul Aman (Unit Pend.Islam)