2009/07/09

PERJUMPAAN KETUA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

0 comments
Tarikh : 08.07.2009
Tempat : SMK Bakar Arang
Masa : 2.30 petang

SMK Bakar Arang 08 Julai - Unit Pendidikan Islam, PPD Kuala Muda/Yan telah mengadakan perjumpaan ketua-ketua Panitia Pendidikan Islam Sekolah-sekolah menengah Daerah Kuala Muda/Yan bagi kali yang kedua tahun 2009. Dalam perjumpaan tersebut perkara yang diperjelaskan ialah :
i) Semua ketua panitia diingat supaya menjalankan program yang telah dirancang untuk meningkatkan prestasi peperiksaan PMR dan SPM
ii) Kedudukan Guru Pendidikan Islam di Daerah Kuala Muda/Yan

Turut hadir dalam perjumpaan tersebut (Penolong Pengarah Kanan Kurikulum Teras (Menengah) Pendidikan Islam SPI JPN Kedah) Tn. Hj. Mohd Rushdan Azizan, beliau telah menyampaikan taklimat berkaitan Program Nur al-Quran yang telah dirancang untuk mengurangkan bilangan buta al-Quran di kalangan pelajar dalam Daerah Kuala Muda/Yan

Tn. Hj. Mohd Rushdan Azizan sedang menyampaikan taklimat dalam perjumpaan tersebut

PROFIL :

My photo
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan,Kedah Darul Aman (Unit Pend.Islam)