2009/04/11

MTQ 2009 PERINGKAT NEGERI (KUALA NERANG)

0 comments



SABTU, 11 APRIL 2009 -
Majlis Tadarus Al-Quran 2009 peringkat negeri berjalan dengan lancar sebagaimana yang telah dirancang. Begitu juga halnya dengan urusan pendaftaran para peserta, samada kategori menengah mahupun rendah, berjalan dengan baik dan teratur tanpa sebarang masalah. Urusan pendaftaran dan semua acara pertandingan kategori menengah diadakan di SMK Dato' Syed Ahmad. Manakala, urusan pendaftaran dan acara pertandingan kategori rendah pula diadakan di SK Tunku Abdul Rahman Putra.


Antara acara-acara yang dipertandingkan mengikut kategori menengah adalah seperti berikut :-


  • BERZANJI & MARAHABAN (LELAKI SAHAJA)
  • TILAWAH AL-QURAN (LELAKI & PEREMPUAN)
  • KUIZ (LELAKI & PEREMPUAN)
  • SYARAHAN (LELAKI & PEREMPUAN)
  • HAFAZAN (LELAKI & PEREMPUAN)

Manakala acara-acara yang dipertandingkan mengikut kategori rendah pula adalah seperti berikut :-


  • KOMPANG SELAWAT (LELAKI & PEREMPUAN)
  • TILAWAH AL-QURAN (LELAKI & PEREMPUAN)
  • KUIZ (LELAKI & PEREMPUAN)
  • BERCERITA DARI KISAH-KISAH AL-QURAN (LELAKI & PEREMPUAN)
  • HAFAZAN (LELAKI & PEREMPUAN)

KLIK SINI
UNTUK LIHAT GALERI GAMBAR MTQ 2009
(PERINGKAT NEGERI KEDAH)


PROFIL :

My photo
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan,Kedah Darul Aman (Unit Pend.Islam)