2011/09/30

MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERDANA, SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH KUALA MUDA/YAN, TAHUN 1432H/2011M.



MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERDANA, 
SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH KUALA MUDA/YAN,
TAHUN 1432H/2011M.



(MURID-MURID TAHUN 6 PROGRAM j-QAF)


Hari : Khamis
Tarikh : 29 September 2011
Masa : 8.00 Pagi
 
Tempat : 
Masjid Sultan Abdul Halim, Taman Ria Jaya, Sungai Petani, Kedah.

Tema :
"AL-QURAN MENJANA TRANSFORMASI UMMAH KREATIF & INOVATIF"


Gambar 1 :
Pamplet Majlis Khatam Al-Quran Perdana, Sekolah-Sekolah Daerah Kuala Muda/Yan, Tahun 2011M/1432H.


Gambar 2 :
Ustaz Jamalluddin & Cikgu Shaari sedang mengendalikan urusan pendaftaran para peserta Majlis Khatam Al-Quran Perdana di Masjid Sultan Abdul Halim, Taman Ria Jaya, Sungai Petani, Kedah.

Gambar 3 :
Guru-guru pengiring sedang mendaftar murid masing-masing di meja pendaftaran.

Gambar 4 :
Para guru pengiring yang hadir turut sama teribat dalam menjayakan Majlis Khatam Al-Quran Perdana peringkat Daerah Kuala Muda/Yan.

Gambar 5 :
Ustaz Jamal Abdul Nasir sedang mempengerusikan Majlis Khatam Al-Quran Perdana peringkat Daerah Kuala Muda/Yan sesi 2011.

Gambar 6 :
Ustaz Azizi selaku khalifah yang akan memimpin Majlis Khatam Al-Quran Perdana peringkat Daerah Kuala Muda/Yan, sesi 2011.
Gambar 7 :
Para Pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Kedah dan Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan yang turut sama hadir dalam memeriah dan menjayakan Majlis Khatam Al-Quran Perdana kali ini.
 
Gambar 8 :
Para peserta lelaki dari berbagai sekolah rendah sekitar daerah Kuala Muda/Yan, turut hadir meibatkan diri dalam menjayakan Majlis Khatam Al-Quran Perdana kali ini.
 
Gambar 9 :
Para peserta perempuan dari berbagai sekolah rendah sekitar daerah Kuala Muda/Yan, turut hadir meibatkan diri dalam menjayakan Majlis Khatam Al-Quran Perdana kali ini.
 
Gambar 10 :
Para peserta perempuan dari berbagai sekolah rendah sekitar daerah Kuala Muda/Yan, turut hadir meibatkan diri dalam menjayakan Majlis Khatam Al-Quran Perdana kali ini.

Gambar 11 :
Ustaz Hj. Azizan Bin Ibrahim (Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, Unit Pendidikan Islam) sedang menyampaikan ucapan alu-aluan sempena Majlis Khatam Al-Quran Perdana, Sekolah-Sekolah Rendah, Daerah Kuala Muda/Yan, sesi 2011.

Gambar 12 :
Ustaz Hj. Mahir Bin Mohamad (Penolong Pengarah Kanan, Ketua Unit Operasi Dakwah, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah) sedang menyampaikan ucapan perasmian sempena Majlis Khatam Al-Quran Perdana, Sekolah-Sekolah Rendah, Daerah Kuala Muda/Yan, sesi 2011.

Gambar 13 :
Ustaz Hj. Mahir Bin Mohamad (Penolong Pengarah Kanan, Ketua Unit Operasi Dakwah, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah) sedang menyampaikan menyampaikan cenderahati dan sijil penyertaan kepada para peserta lelaki sempena Majlis Khatam Al-Quran Perdana, Sekolah-Sekolah Rendah, Daerah Kuala Muda/Yan, sesi 2011.


Gambar 14 :
Ustaz Hj. Mahir Bin Mohamad (Penolong Pengarah Kanan, Ketua Unit Operasi Dakwah, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah) sedang menyampaikan menyampaikan cenderahati dan sijil penyertaan kepada para peserta perempuan sempena Majlis Khatam Al-Quran Perdana, Sekolah-Sekolah Rendah, Daerah Kuala Muda/Yan, sesi 2011.

Gambar 15 :
Ustaz Mahir sedang berbual dengan Ustaz Azizan setelah selesai menyampaikan cenderahati dan sijil kepada para peserta.


Gambar 16 :

Ustaz Mahir sedang menikmati jamuan tengah hari, sambil ditemani Ustaz Azizan dan Cikgu Che Rosli serta Ahli Jawatankuasa Masjid Sultan Abdul Halim.

0 comments:

PROFIL :

My photo
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan,Kedah Darul Aman (Unit Pend.Islam)